Thursday, May 3, 2012

The Avengers Day

Then, seperti yang dijanjikan, ini adalah entry aku yang seterusnya. Mesti korang tertanya-tanya apa dia kan?

"Ooo. Ada aku kesah?". Aku tahu dalam hati korang sekarang, korang akan cakap begitu. Kan, kan? Ngaku jela.






Kenapa 'The Avengers'? Kenapa tak 'Battleship'? Why, why, why? Aku pun tak tahu kenapa. Okayla. Sebab semalam hari Rabu and time tu elaun budak IP semua dah masuk. Dan ikutkan time tu semua cerita kat panggung wayang dapat harga murah. Jadi aku pun decide terus tanpa berpikir gunakan otak, pi beli tiket. Bila dah beli, tengok-tengok harga still RM10.


Bila tanya balik kat akak jaga kaunter kenapa RM10? Dia cakap sebab movie tu baru keluar so, harga still kena RM10 juga. Betul juga bila pikir balik. Strategi tu bro. S.T.R.A.T.E.G.I. So, kesimpulannya?


Kesimpulannya dah tersimpul mati la. LOLOLOL. Okay, okay. Aku gurau.


Dari mula iklan filem tu, hinggalah THE END, serius aku cakap memang awesome habis. Taktahu nak cakap macam mana. Dari 5* tu, aku bagi 1* je. Pasai apa? Pasai 1*5 kan sama dengan 5. Lawak dia pun lain dari yang lain. Dalam keadaan serius macam mana pun, memang akan buat korang tergelak. Nak tahu best macam mana filem dia, pi seluk RM10 dalam poket hangpa, pi cinema and pi tengok sendiri. Malas aku mau cerita kat sini.


Lepas habis movie tu, perut aku dengan En. Jeff pun dah mula buatr macam-macam beat. Aku dari dulu ajak En. Jeff ni pi KFCK. Tapi last-last McD juga yang dituju sebab aku mana tahan. Tapi bila dah muak dengan segala McD, akhirnya dapat juga pi KFCK nun.


Haa, korang tau KFCK tu apa? 'Kentucky Fried Chicken Kelantan'? Boooo sama korang. Nama panjang dia ialah Kinky Fat Chef Kitchen.



Haa, kat sini ada jual burger sahaja. Tapi burger dia special punya. Buat sendiri, bukan macam Mekdi. Serius sedap (harga pun sedap). Tapi memang berbaloi. Tu aku dengan en. Jeff sanggup mencari walaupun sejam menghabiskanj masa dok cari tempat ni. Korang nak tahu kat mana? Haa, gerai natang ni memang RARE nak mampus. 1 of 1. Memang takkan jumpa kat tempat lain.


Ia hanya boleh dijumpai di Jalan Piasau, Miri, Sarawak. Korang pi la ceruk Semenanjung or ceruk lain kat Sabah or Sarawak selain Miri, memang takkan jumpa. Tu pun kalau korang sanggup. Nak try rasa, boleh la datang mai Miri.


Rasanya dah panjang lebar aku dok citer. Hmm. Bercakap tentang Sarawak. Mesti korang tertanya-tanya( bagi budak Semenanjung), "kau kat Sarawak ke Fahmi?" Nak tahu, nantikan jela entry seterusnya ye. Babai.


Aum. Makan budak.

3 comments:

  1. hahaha...berbaloilah sangatkn mkn KFCK tu.... pasal muvee tu mmg best, dua kali tinguk tuh hehe....tq fahmi belikn tket :) tp kalo boleh battleship tu jgn lepaskn tau,takkn rugi tgk

    ReplyDelete
  2. AkuMalas : roger that. Tapi lama lagi tu rasanya. sebab baru kluar kan.

    ReplyDelete