Saturday, May 19, 2012

Emak

Kenapa emak?


   Guwa rasa guwa dah banyak buat salah dengan mak guwa sebelum ni. Walaupun guwa sakitkan hati, buat dia menangis, tetapi hatinya tetap lembut. Pernah satu hari tu, guwa salah cakap, terus mak guwa, menangis, sehinggakan mak guwa pernah COP guwa anak derhaka. Dan pada masa tu jugak, guwa rasa dunia ni macam nak runtuh bila dengar perkataan tu.


   Tapi Alhamdulillah, marah macam mana pun, guwa tahu, semua ibu mempunyai naluri kasih sayang kepada anak dorang masing-masing. Buatlah macam mana sekalipun, dorang tetap akan sayang korang. Ya. Hati seorang ibu/perempuan meang lembut. Sebab itu jangan kita sembarangan dengan mereka.


   Hubungan kita dengan emak kita semua bukan setakat itu sahaja. Kalau korang nak tahu, kita seolah-olah mempunyai jaringanatau bak kata orang connection ghaib yang kita xnampak. Bilamana seseorang ibu itu, resah, sedih, dan lain-lain, anaknya juga akan turut merasainya. Tak kira la korang berada di planet mana sekalipun, connection tu tetap tak akan putus.


   Dan satu lagi, apa yang mak cakap, memang akan termakbul doa dia. Percayalah. Kalau xnak percaya sudah, guwa xkisah. HAHA. Contohnya, korang nak sesuatu benda, tapi dorang tak rela atau tidak izinkan, memang sah korang xakan dapat. Apatah lagi kalau korang derhaka. Mampus la alamatnya. Sebabnya guwa pernah alaminya sendiri. Guwa ada cakap satu benda ni. Memang guwa nak sangat benda tu. Tapi, bila dia cakap takmau, taknak dan sebagainya la alasan yang dikeluarkan, guwa takkan dapat benda tu selagi tak diizinkan. Guwa dah cuba berusaha banyak kali merayu dan berusaha untuk dapatkan hajat guwa tu tanpa pengetahuan emak guwa, tetap xberjaya. Sampai sekrang guwa rasa frust. Siap guwa disuruh berjanji lagi dengan bapak guwa. Cuma guwa boleh mintak dengan Tuhan jela supaya lembutkan hati mereka berdua.




Ingatlah, "syurga itu dibawah telapak kaki ibu". Ini kiasan je. Takkan korang tak faham lagi kot. Dah tua bangka.


Itu saje la kot rasenye. Nantikan jela ye entri terbaru.

1 comment:

  1. Sayangilah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada . Absence makes the heart grow fonder . rite ?

    ReplyDelete