Wednesday, October 24, 2012

I M 4 U Kuching

Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Sume serabut. Itu serabut, ini serabut. Bilik pun dah tunggang langgang. Gantung diri jela. Haha. Okay2. JK. Ni sebenarnya citer 2 minggu lepas. Buat pertama kalinya aku pergi ke Kuching. Boleh dikatakan nak dekat2 hujung Sarawak la.

Tersebut la al-kisah dimana 27 ahli JPP termasuk 3 orang ahli pelajar yang terpilih untuk menyertai program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik anjuran Biro Tatanegara, JPM. Bertempat di Kem Bina Negara Sampadi, Lundu. Haa. Aku nak habaq sikit. Mula-mula aku ingat tempat ni macam dekat kat kawasan bandar sikit ape, tapi dekat kawasan hulu-hulu. Memang mantap habis. Kawasan kem tu pun dekat dengan tepi pantai. Dan apa yang paling feymes time kem ni ialah lagu IM4U. Nak tahu ape dia, Google. Apapun sepanjang trip ke Kuching dengan Kem ni memang mantap habis. So, nak tahu, tengok gambar je. Wa tak tahu nak cakap apa. Kalau nak tahu, gi sendiri. :P


Mai makan-makan


Lu bajet hensem la


Tidor jela


Yeah



*Jangan jadi seperti mamat2 dalam gambar diatas. bhahahaha


Muzium IPBL


Teater IPBL


















UMS













I am ninja


The end?

Thursday, July 26, 2012

Dark Knight Rises Yang Menggairahkan



Hari ni guwa cuma mau beritahu pasal citer Batman yang terbaru. Baru tengok hari ni dengan abang taiko besar, Naji. Pergh! Memang best. Cuma aku nak habaq sikit yang jalan citer die sangat lah lembab pada permulaannya. Ngantok gila bhai! Haa, tapi sampai time scene action tu, memang terbeliak mata. Dan ada scene di mana mesti korang kecewa dengan Batman sendiri. LOL.


Seriously, kalau daripada 5 bintang, aku bagi 4.5 jela. Apapun keseluruhan jalan cerita dia amat menarik. Aku syorkan korang patut menyaksikannya sendiri di pawagam yang berdekatan. Nak cetak rompak pun boleh. Tapi lu pikir la sendiri best ke x. Dan akhir sekali, ada part di mana dia menceritakan kewujudan Robin, iaitu, pasangan Batman sendiri seperti dalam komik DC dan movie Batman yang terdahulu.


p/s : kalau korang nak tahu asal usul batman, tengokla citer Batman Begins dgn Dark Knight dulu.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan dan Kasut Baru

Haa, apa habaq semua? Akhirnya, bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam di serata dunia telah pun tiba. Hangpa tau apa dia? Itu la dia bulan Ramadhan. Bulan di mana seluruh umat Islam akan berpuasa dan pintu taubat terbuka luas bagi hamba-hambaNya. Bulan ini juga penuh kerahmatan bagi seluruh hambanya dan banyak rezeki melimpah ruah. Haa, xsemena2 elaun kitorang pun keluar hari Khamis semalam. Magic x magic bila nak Ramadhan ni.


Kasut baru? Ni nak bagitau ni. Isnin baru ni aku ada terima parcel from al-Ikhsan dari Johor Bharu.



Jeng, jeng jeng...


???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaa! Inilah kasut berbau kedai..


Kalau hangpa nak tau, harga asal kasut ni dalam RM220. Tapi al-Ikhsan ada buat promo, aku pun rembat dari online laa tanpa pikiaq apa2 lagi. RM89 harga promonya. bukan senang nak dapat kasut ori Adidas smart2 pada harga bawah RM100. Aku ada seketul kasut Adidas kat rumah, tu pun dah RM259. Lepas ni target aku mau rembat but Adidas F-50 adizero yang ada sensor apa tah aku xingat. Serius ringan kasut tu. Tapi kena berkorban duit sikit la kan.


Sampai sini jela entry aku. Sempena Ramadhan ini, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita dengan banyak beribadah. Tarawih jangan tinggal selalu naa. *pst, aku pun dulu perangai macam setan juga. #LULZ