Thursday, July 26, 2012

Dark Knight Rises Yang Menggairahkan



Hari ni guwa cuma mau beritahu pasal citer Batman yang terbaru. Baru tengok hari ni dengan abang taiko besar, Naji. Pergh! Memang best. Cuma aku nak habaq sikit yang jalan citer die sangat lah lembab pada permulaannya. Ngantok gila bhai! Haa, tapi sampai time scene action tu, memang terbeliak mata. Dan ada scene di mana mesti korang kecewa dengan Batman sendiri. LOL.


Seriously, kalau daripada 5 bintang, aku bagi 4.5 jela. Apapun keseluruhan jalan cerita dia amat menarik. Aku syorkan korang patut menyaksikannya sendiri di pawagam yang berdekatan. Nak cetak rompak pun boleh. Tapi lu pikir la sendiri best ke x. Dan akhir sekali, ada part di mana dia menceritakan kewujudan Robin, iaitu, pasangan Batman sendiri seperti dalam komik DC dan movie Batman yang terdahulu.


p/s : kalau korang nak tahu asal usul batman, tengokla citer Batman Begins dgn Dark Knight dulu.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan dan Kasut Baru

Haa, apa habaq semua? Akhirnya, bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam di serata dunia telah pun tiba. Hangpa tau apa dia? Itu la dia bulan Ramadhan. Bulan di mana seluruh umat Islam akan berpuasa dan pintu taubat terbuka luas bagi hamba-hambaNya. Bulan ini juga penuh kerahmatan bagi seluruh hambanya dan banyak rezeki melimpah ruah. Haa, xsemena2 elaun kitorang pun keluar hari Khamis semalam. Magic x magic bila nak Ramadhan ni.


Kasut baru? Ni nak bagitau ni. Isnin baru ni aku ada terima parcel from al-Ikhsan dari Johor Bharu.



Jeng, jeng jeng...


???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaa! Inilah kasut berbau kedai..


Kalau hangpa nak tau, harga asal kasut ni dalam RM220. Tapi al-Ikhsan ada buat promo, aku pun rembat dari online laa tanpa pikiaq apa2 lagi. RM89 harga promonya. bukan senang nak dapat kasut ori Adidas smart2 pada harga bawah RM100. Aku ada seketul kasut Adidas kat rumah, tu pun dah RM259. Lepas ni target aku mau rembat but Adidas F-50 adizero yang ada sensor apa tah aku xingat. Serius ringan kasut tu. Tapi kena berkorban duit sikit la kan.


Sampai sini jela entry aku. Sempena Ramadhan ini, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita dengan banyak beribadah. Tarawih jangan tinggal selalu naa. *pst, aku pun dulu perangai macam setan juga. #LULZ

Monday, July 9, 2012

Awesome things for Collector

Haa. Apa khabar adik-adik dan abang sekalian. Kembali kita bersama abam fahmi. Pengurus blog yang xseberapa nak awesome.

Hari ni teruja sangat pasai baru dapat barang dari penang. Haa. Nak tahu apa. Mai kita usha sikit. Sikit je. Tak banyak.



Klik gambar untuk zoom



Haa. Inilah natangnya. Korang tahu apa ini? Kalau lelaki taktahu, memang aku nak lepuk sorang. Ini namanya jersey card. Ini adalah pieces2 football player punya baju bro! Takkan dapat kat Malaysia. Hanya wujud di UK. Haa. Setiap keping benda alah ni boleh mencecah RM1000 terutama Messi. Tapi aku takdop yang Messi punya.


LEGeND



Setakat ni aku ada 6 je termasuk Cristiano Ronaldo. Cuma yang CR belum sampai lagi. Kalau korang tengok kat gambar atas skali tu ada kad yang kaler emas. haa. Itu kad manager. Kad tu memang disalut dengan emas 18K. 18K tu bro! Memang mahal. Sebab semuanya limited for collector edition

Jadi, kalau hangpa nak beli, hangpa pi cari kat ebay. Ini adalah website dia punya pengeluar.

Saturday, July 7, 2012

Berubah ke Arah Yang Lebih Baik

Hari ni genap sudah 3 minggu aku berada di IPG untuk semester ke-3. Terasa macam baru masuk je IP ni. Haha. Rindu zaman dulu-dulu. Sedar tak sedar, banyak perkara yang telah berlaku, dan banyak juga perkara yang telah berubah.


Bercakap pasal berubah, ramai kata senang nak berubah. Betul ke?
Haaa. Cakap senang. Tapi buat dulu sikit aku nak tengok.


Sebenarnya, nak berubah dari satu arah ke arah yang lain tu memang susah. Ini fakta, bukan auta. Pengalaman aku sendiri. Kalau korang kena paksa, memang korang takkan berubah. Melainkan diri korang sendiri yang mengubahnya.

Pada zaman aku muda belia dulu2, boleh dikatakan zaman kegelapan laa. Macam zaman jahiliyah gitu. Macam-macam dah cara bapak aku guna nak bagi aku ni sedaq sikit. Tapi semua tak jalan. Adala berubah tu, last-last jadi camtu jugak.


FYI, sebelum ini aku adalah heavy smoker. Tapi aku dah berhenti dah. Siyeh ni siyeh. Pasal merokok ni, aku nak citer sikit. Sebenarnya nak berhenti merokok ni bukannya senang. Gitu la halnya macam korang nak berubah. Tapi ni dari aspek yang berbeza. Sama sikit jela. Kalau nak berhenti merokok ni, korang terpaksa bayar dengan harga yang mahal.


Waktu aku berhenti, aku terpaksa tanggung sakit demam, selsema, sakit tekak dalam 2 minggu lebih. Serius masa tu macam orang ketagih hisap dadah. Sebab orang hisap dadah ni, berhenti 4-5 hari dah sakit. Macam tu la juga halnya dengan merokok. Walaupun aku nampak sihat, tapi aku terpaksa sembunyikannya. Masa dalam proses berhenti tu, korang akan rasa gian nak isap balik sebab tu la satu-satunya cara yang boleh menghilangkan rasa gian tu. Tapi lepas korang clean dari benda tu, baru korang rasa segar. Tapi kesakitan yang terpaksa korang tanggung, memang hebat.


Walaupun aku solat 5 waktu sehari semalam, tapi apa gunanya la kan kalau iman pun terumbang-ambing. Sampai sekarang aku masih tercari-cari dimana diri aku yang sebenar sepertimana zaman masa aku masih suci dulu. Setiap kali aku bernafas, aku akan terasa sebak sikit. Jiwang pulak eh. Haha. Tapi serius, aku terasa hubungan antara aku dan Allah, tuhan yang menciptakan aku sendiri, macam dah terputus hubungan. Tapi, aku masih terasa rindu kepadaNya. Aku sentiasa mencari perasaan itu. Ya, nak berubah tu bukan senang. Banyak kali dah aku bertaubat, tapi macam tu jugak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Haa, korang fikir-fikirkan la sendiri. 


Apapun, sampai sini jela entry aku. Tatau nak tulis apa dah. Tapi tunggu jela entry yang seterusnya. Entry menarik sedang menanti. :)

Apa-apa ulasan atau komen, sila tinggalkan di bawah. Salam.