Saturday, July 7, 2012

Berubah ke Arah Yang Lebih Baik

Hari ni genap sudah 3 minggu aku berada di IPG untuk semester ke-3. Terasa macam baru masuk je IP ni. Haha. Rindu zaman dulu-dulu. Sedar tak sedar, banyak perkara yang telah berlaku, dan banyak juga perkara yang telah berubah.


Bercakap pasal berubah, ramai kata senang nak berubah. Betul ke?
Haaa. Cakap senang. Tapi buat dulu sikit aku nak tengok.


Sebenarnya, nak berubah dari satu arah ke arah yang lain tu memang susah. Ini fakta, bukan auta. Pengalaman aku sendiri. Kalau korang kena paksa, memang korang takkan berubah. Melainkan diri korang sendiri yang mengubahnya.

Pada zaman aku muda belia dulu2, boleh dikatakan zaman kegelapan laa. Macam zaman jahiliyah gitu. Macam-macam dah cara bapak aku guna nak bagi aku ni sedaq sikit. Tapi semua tak jalan. Adala berubah tu, last-last jadi camtu jugak.


FYI, sebelum ini aku adalah heavy smoker. Tapi aku dah berhenti dah. Siyeh ni siyeh. Pasal merokok ni, aku nak citer sikit. Sebenarnya nak berhenti merokok ni bukannya senang. Gitu la halnya macam korang nak berubah. Tapi ni dari aspek yang berbeza. Sama sikit jela. Kalau nak berhenti merokok ni, korang terpaksa bayar dengan harga yang mahal.


Waktu aku berhenti, aku terpaksa tanggung sakit demam, selsema, sakit tekak dalam 2 minggu lebih. Serius masa tu macam orang ketagih hisap dadah. Sebab orang hisap dadah ni, berhenti 4-5 hari dah sakit. Macam tu la juga halnya dengan merokok. Walaupun aku nampak sihat, tapi aku terpaksa sembunyikannya. Masa dalam proses berhenti tu, korang akan rasa gian nak isap balik sebab tu la satu-satunya cara yang boleh menghilangkan rasa gian tu. Tapi lepas korang clean dari benda tu, baru korang rasa segar. Tapi kesakitan yang terpaksa korang tanggung, memang hebat.


Walaupun aku solat 5 waktu sehari semalam, tapi apa gunanya la kan kalau iman pun terumbang-ambing. Sampai sekarang aku masih tercari-cari dimana diri aku yang sebenar sepertimana zaman masa aku masih suci dulu. Setiap kali aku bernafas, aku akan terasa sebak sikit. Jiwang pulak eh. Haha. Tapi serius, aku terasa hubungan antara aku dan Allah, tuhan yang menciptakan aku sendiri, macam dah terputus hubungan. Tapi, aku masih terasa rindu kepadaNya. Aku sentiasa mencari perasaan itu. Ya, nak berubah tu bukan senang. Banyak kali dah aku bertaubat, tapi macam tu jugak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Haa, korang fikir-fikirkan la sendiri. 


Apapun, sampai sini jela entry aku. Tatau nak tulis apa dah. Tapi tunggu jela entry yang seterusnya. Entry menarik sedang menanti. :)

Apa-apa ulasan atau komen, sila tinggalkan di bawah. Salam.

No comments:

Post a Comment